Sebanyak 157 kes mati lemas direkodkan di seluruh negara, manakala 86 mangsa berjaya diselamatkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.<br /><br />Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hamdan Wahid berkata menerusi jumlah itu kes lemas di kawasan sungai serta tali air merekodkan jumlah tertinggi dengan 103 kematian.
